Menuju Syurga

Belajar

Dakwah

Seronok

Berkualiti

Mendidik Masyarakat


PENGENALAN

 

Hakikat kejadian manusia adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T dan memakmurkan muka bumi sebaik-baiknya. Lalu, Allah S.W.T mengutuskan Nabi Muhammad S.A.W untuk mendidik dan mengajak manusia mengenali Allah S.W.T. Justeru, Islam dianugerahkan kepada manusia sebagai satu sistem yang menyeluruh dan panduan tatacara hidup yang lengkap.

Namun begitu, peredaran masa telah menyaksikan manusia makin lalai dan menjauhi hakikat hidup yang sebenar. Manusia hanyut dibawa arus dunia dan menjadi hamba nafsu syahwat. Hidup terumbang-ambing tanpa hala tuju hidup yang jelas dan panduan hidup yang kukuh. Hanya yang berpegang dengan agama Allah dan tunjuk ajar Rasul-Nya terselamat daripada fitnah tersebut.

Walau bagaimanapun, perkembangan mutakhir menunjukkan manusia mula dahagakan hidayah Allah S.W.T. Semakin ramai manusia yang berhijrah dan mendekati ajaran Islam yang sebenar. Namun, tidak kurang yang masih buntu untuk mencari jalan keluar. Bahkan, ada yang menangguk di air yang keruh dengan membawa golongan ini ke arah yang salah.

Justeru, One Heart Creative Solution mengambil inisiatif untuk menganjurkan sebuah program yang dinamakan Konvensyen ‘Aku Cinta Allah & Rasul’ dengan matlamat mengajak umat Islam kembali menghayati keindahan Islam dan membantu golongan yang mencari jalan keluar dari kejahilan dan kegelapan hidup. Semoga program ini akan menyuburkan lagi perubahan positif yang sedang berlaku dalam masyarakat dan seterusnya mendaulatkan Islam di muka bumi.

hadir

siapa

1
2

Fatih Seferagic

457700_278663652228293_206452246116101_616599_1874369111_o
 
Fatih Seferagic dilahirkan di Jerman. Kemudian berpindah ke Amerika ketika berusia 4 tahun.Beliau seorang hafiz Quran dimana beliau menghabiskan hafalan beliau di Islamic  Society of Baltimore di bawah bimbingan Qari Zahid & Qari Abid. Sekarang beliau menetap di Houstan, Texas sebagai pelajar dan guru Al-Quran. Usia beliau sekarang 18 tahun.

Tuan Amin Idris

amin idris
> AMIN IDRIS (MSP) adalah kelahiran Sarawak dan dibesarkan di Kelantan.

>Perunding Latihan dan Motivasi sepenuh masa di Amin Idris Training Consultant.

>Penulis buku

>Pengacara televisyen

>Penolong Setiausaha Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN)

>Penerima Sijil Iktiraf TAMRIN Basic Training

>Ahli profesional diiktiraf oleh Malaysian Association Professional Sepakers (MAPS) – Sebuah pertubuhan profesional yang diiktiraf oleh IFFPS (Internatioanl Federation of Professional Speakers) yang juga dianggotai oleh pertubuhan penceramah profesional di Amerika, UK, Australia, New Zealand, Kanada, Afrika Selatan dan Jerman.

Pendidikan

>Lulusan pengajian Undang-undang (LL.B Hons) di Universiti Islam Antarabangsa kemudian melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana (Master) dalam jurusan Guidance and Counseling di universiti yang sama

 

Tuan Nicholas Sylvester

nicholas sylvester

Ustaz Mohd Sukki

ust sukki

Dilahirkan pada tahun 1974 di Kampung Jarak Atas, Tasek Gelugor, Seberang Perai, Pulau Pinang. Bersekolah di SMK Agama al-Irshad, Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang (1987-1991). Melanjutkan pengajian di Yarmouk University, Jordan (1992-1996) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Arab dan Syariah Islamiah. Mendapat Ijazah Sarjana Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2001. Seterusnya, memperoleh PhD dalam bidang I’jaz al-Quran dari Universiti Malaya. Di samping itu terlibat dalam mengendalikan ceramah agama dan motivasi di TV seperti dalam rancangan ‘Tanyalah Ustaz’ di TV9 dan beberapa stesen TV yang lain. Juga merupakan kolumnis beberapa majalah di Malaysia.

Ustaz Kamalulhysham

kamalulhysham baru

Ustaz Syed Abdul Kadir

syed kadir

Dr.Zulkifli Al-Bakri

zulkifli al bakri

Ustaz Ridhauddin Salleh

ustridha

Merupakan graduan UIA dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh. Pernah mendapat anugerah Pensyarah Cemerlang peringkat Nasional di INTEC tahun 2010. Beliau sekarang sedang menuntut di salah sebuah universiti di Riyadh, Arab Saudi. Telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Juga seorang penulis buku dan telah menghasilkan 2 buah buku. Beliau juga sering memenuhi pelbagai undangan ceramah di merata-rata tempat khususnya di peringkat IPT. Di samping itu, beliau juga telah menghasilkan pelbagai jenis kertas kerja dan artikel terutama dalam bidang Fiqh.

Syeikh Zainul Asri

551315_563776460313981_2116811547_n

Syeikh Muhd Zainul Asri hafizahullah adalah bekas pelajar Maktab Mahmud, A.Setar, Madrasah Al-Latifiah Keroh, dan lulusan Universiti Al-Azhar dalam Kuliyyah Usuluddin – Syukbah Hadis. Sempat berguru dengan Tn. Guru Hj. Omar Zuhdi, Tn. Guru Hj. Zakaria Alor Janggus (Faqih Kedah) & Tn. Guru Hj. Abd. Latif (Pak Teh) sebelum ke Mesir. Beliau juga seorang tenaga pengajar di Kelas Pengajian Hadis PAKSI Alor Setar dan mudir bagi Pusat Pengajian Darul Hadis yang ditubuhkan oleh Yayasan PAKSI.

Ustaz Syaari Abd Rahman

41564_126071990770170_6299_n

SYAARI AB. RAHMAN, anak kelahiran Tumpat, Kelantan merupakan pengarah urusan dan jurulatih sepenuh masa di syarikat milik beliau sendiri, Ibrah Paradigm Training & Consultancy sejak bulan Mei 2011. Beliau berpengalaman lebih dari 4 tahun dalam dunia latihan dan motivasi. Pernah bekerja selama 2 tahun dengan I.P Minda Training & Consultancy Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan ahli berdaftar di bawah Pertubuhan Perunding Latihan Dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN). Beliau juga penulis buku bestseller “Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh” dan sekarang dalam proses menghasilkan buku kedua dan ketiga beliau bertajuk “Berfikir Gaya Al-Fatih” dan “Parenting dan Mentoring Gaya Al-Fatih”.

Ustaz Zul Ramli

zulramli
Anak kelahiran Kampung Kuala Tembeling, Jerantut, Pahang Darul Makmur.Perunding Motivasi di
Galeri Ilmu Motivation and Training (GIMT),Editor Eksekutif Majalah Q&A , penulis buku dan sering ke udara di radio IKIM.

Logo OHCS png
One Heart Creative Solution (OHCS) merupakan sebuah syarikat Bumiputera yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada Disember 2010 dan mula beroperasi sepenuhnya pada Mei 2011. Syarikat ini diasaskan oleh empat orang sahabat yang mana ketika itu mereka masih berada di tahun akhir pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Mereka memulakan langkah dengan mengambil risiko untuk menubuhkan sebuah syarikat sendiri kerana minat dan kemahuan yang mendalam dalam bidang keusahawanan. Pengalaman yang diperoleh daripada penglibatan secara aktif dalam persatuan dan aktiviti ko-kurikulum dimanfaatkan sepenuhnya dalam menggerakkan syarikat yang baru sahaja ditubuhkan ini.
 

Pada tahun ini, syarikat OHCS telah mencecah usia dua tahun penubuhannya. Sungguhpun usia ini dianggap masih lagi muda dalam industri, namun syarikat ini telah berjaya mencipta pengaruh dan pengikutnya tersendiri. Kualiti perkhidmatan yang menepati kehendak pelanggan telah mendapat perhatian syarikat antarabangsa. Penganjuran Seminar Productive Muslim pada Februari 2012 merupakan satu kerjasama yang telah dilakukan oleh syarikat OHCS dengan syarikat Productive Muslim, sebuah syarikat antarabangsa yang bertapak di United Kingdom. Hal ini sekaligus meletakkan nama OHCS ke peringkat yang lebih tinggi.

Kini, syarikat OHCS terus mengorak langkah ke hadapan dengan merejuvenasi beberapa buah bahagian dalam syarikat dengan lebih sistematik dan efisien. Dengan prestasi syarikat yang bertambah baik, beberapa bahagian telah diwujudkan bagi mempelbagaikan peranan syarikat dalam menyediakan perkhidmatan yang bermutu kepada masyarakat keseluruhannya. Antaranya, bahagian pengurusan acara, bahagian produksi, bahagian percetakan dan reka bentuk, dan bahagian latihan dan pembelajaran. Setiap tenaga kerja telah dibahagikan kepada bahagian atau jabatan mengikut kepakaran masing-masing.

VISI

Menjadi sebuah syarikat terkemuka yang menekankan pendidikan komuniti mengikut panduan syariah.

MISI

> Mendapatkan tenaga kerja yang berpengetahuan, mahir, cekap, profesional dan bersemangat dalam mencapai  keputusan yang cemerlang.

> Mengendalikan semua permintaan pelanggan dengan penuh tanggungjawab, berurusan dengan layanan yang menyenangkan serta menghasilkan keputusan yang memberangsangkan.

> Mewujudkan sistem pengurusan korporat yang baik, berbudaya Islamik, mesra, serta dinamik untuk mencapai pengiktirafan tempatan dan antarabangsa.

> Berusaha untuk menawarkan perkhidmatan yang mematuhi syariah dalam setiap sektor sebagai nilai teras untuk mendidik masyarakat mengenai pentingnya konsep ‘barakah’.

TAGLINE 

“Follow The Right Path”

 

966727_10201156262085671_16543520_o





  • 29-M, Jalan SBC 1, Taman Sri Bt.Caves, 68100, Bt.Caves
  • 03 - 61777954